Photobucket

Tuesday, March 29, 2011

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 
9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan 
khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir 
Rasulullah SAW itu ialah:
 
 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak 
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada 
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini".
 
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, 
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta 
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu 
sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa 
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan 
di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan 
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang".
 
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus 
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah 
supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil".
 
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga 
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka 
ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana
kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah 
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan 
orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina". 

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, 
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat 
dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah 
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah 
sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa 
dan beramal saleh".
 
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar 
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku".
 
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan 
tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan 
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku 
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan 
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. 
Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku". 
 
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang 
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus 
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu 
kepada hamba-hamba-Mu."
 
sila klik: http://www.terengganukini.net/v2/index.php

Monday, March 28, 2011

Niat baik,tapi Cara yang Salah

Assalamualaikum.......,

Sunyi Itu Fitrah,Fitrah Itu Ujian!
 
Tiada sesiapa pun dapat nafikan bahawa dia tidak pernah terasa sunyi, terasa diri 
keseorangan, terasa diri memerlukan kasih sayang orang lain. Hatta Nabi Adam 
yang tinggal di dalam syurga itu pun terasa sunyi,terasa kekurangan sesuatu. 
Kalau difikirkan balik, apa yang kurang di syurga? Di syurga ada segala macam 
benda,ada PSP,ada Nintendo Wii,ada wifi,ada Ipod,ada Nasi Lemak,ada Ham 
Burger,ada Kebab,ada kereta,ada buah anggur sebesar buah kelapa,ada buah 
durian tidak berduri,ada susu,ada madu,ada arak,semua benda ada tapi Nabi 
Adam tetap merasakan kesunyian. Lalu perasaan tidak selesa itu diluahkan kepada 
Sang Pencinta yang mengetahui bahawa Adam inginkan teman,dia inginkan kasih 
sayang dan dia inginkan cinta.Lantas Sang Pencinta mencipta pasangan nabi Adam 
yang diberi nama Hawa,yang bermaksud ‘yang dirindui’.Selepas itu,bermulalah 
kisah sebenar perjalanan hidup nabi Adam sebagai khalifah di atas muka bumi.
 
Apabila kita keseorangan,

Sepi..

Sunyi…

Sedih….

Itulah perasaan-perasaan yang bermain-main di dalam diri kita.Kerana apa?
Kerana kita adalah manusia dan manusia sentiasa ingin dibelai dan dimanja.
Disebabkan emosi yang tidak menentu,kita hampir-hampir jadi gila.Segala 
macam perkara sengaja dibuat supaya perasaan sunyi,sepi dan sedih itu hilang.
Lalu dia datang memberi jawapan kepada kita.Tanpa banyak berfikir,kita 
terima dek kerana pada mata kasar,itulah jawapan yang selama ini kita cari. 
Biarpun jawapan itu tidak betul dan tidak menepati syarak,tapi disebabkan
perasaan terburu-buru yang membuak-buak di dalam dada untuk melepaskan 
diri dari perasaan yang tidak enak ini,kita lakukan juga. Siapa dia yang baik 
sangat untuk berkongsi jawapan dengan kita?
 
Dia adalah makhluk yang berjanji untuk menyesatkan kita..
Dia adalah makhluk yang tidak pernah berputus asa…
Dia adalah makhluk yang berpegang teguh pada janjinya..
Dia adalah syaitan laknatullah!

Tatkala kita kesunyian,dia datang dengan segala macam idea supaya kita 
dapat melepaskan diri daripada kesunyian.

“Mesej la die,ala bukan dengar suara die pun..xnaik nafsu pun”

“suh la die antar gambar die,wat comel2..Die kan comel..”

“Ajak la die couple,die da berkenan ngan ko tu.Ye la,kalo tak,takkan die 
mesej sampai camni”

“Suh la die panggil sayang,ucap la i luv u”

“Ajak la die dating ujung minggu ni”

Dan pelbagai jenis hasutan lagi..
Dan kita?....................Kita terpedaya,lalu kita pun mulakan..

“Ala,jom la couple.Saya niat baik ni,nak kawin dengan awak”

Sungguh menyedihkan,niat yang baik tapi cara yang salah…
Ingin bina masjid tapi tapak masjid milik tanah orang…
Bata yang diguna bata curi…Simen yang diguna simen orang…
Adakah dengan ini masjid yang dibina akan kukuh?

Tepuk dada,tanya iman…Bersam Kita Fikirkan.......Wassalam.

Sunday, March 27, 2011

Cereka Semasa

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis : Ya..... lebih kurang sudah 8 tahun , nak....

Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik? 

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak .. 

Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga... 

Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?

Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...

Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : tak larrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik...

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu
sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya
panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

Semoga terhibur .........;)

Tuhan Itu Ada

Assalamualaikum......................,




Seorang konsumen datang ke tempat tukang cukur untuk memotong rambutnya
Si tukang cukur mulai memotong rambut konsumennya dan mulailah terlibat pembicaraan yang mulai menghangat.
Mereka membicarakan banyak hal dan berbagai variasi topik pembicaraan, dan sesaat topik pembicaraan beralih tentang Tuhan.
 
Si tukang cukur bilang,”Saya tidak percaya Tuhan itu ada”.
 
“Kenapa kamu berkata begitu ???” timpal si konsumen.
 
“Begini, coba Anda perhatikan di depan sana, di jalanan… untuk menyadari bahwa Tuhan itu tidak ada.

Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada,
Adakah yang sakit??,
Adakah anak terlantar??
Jika Tuhan ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan.
Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi.”
 
Si konsumen diam untuk berpikir sejenak, tapi tidak merespon karena dia tidak ingin memulai adu pendapat.
Si tukang cukur menyelesaikan pekerjaannya dan si konsumen pergi meninggalkan tempat si tukang cukur.
Beberapa saat setelah dia meninggalkan ruangan itu dia melihat ada orang di jalan dengan rambut yang panjang, berombak kasar
(mlungker-mlungker-istilah jawa-nya), kotor dan brewok yang tidak dicukur. Orang itu terlihat kotor dan tidak terawat.
 
Si konsumen balik ke tempat tukang cukur dan berkata,
“Kamu tahu, sebenarnya TIDAK ADA TUKANG CUKUR.”

Si tukang cukur tidak terima,” Kamu kok bisa bilang begitu ??”.

“Saya disini dan saya tukang cukur. Dan barusan saya mencukurmu!”

“Tidak!” elak si konsumen.

“Tukang cukur itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan brewokan seperti orang yang di luar sana”, si konsumen menambahkan.

“Ah tidak, tapi tukang cukur tetap ada!”, sanggah si tukang cukur.
 
” Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang ke saya”, jawab si tukang cukur membela diri.

“Cocok!” kata si konsumen menyetujui.

“Itulah point utama-nya!.
Sama dengan Tuhan, TUHAN ITU JUGA ADA !
Tapi apa yang terjadi… orang-orang TIDAK MAU DATANG kepada-NYA, dan TIDAK MAU MENCARI-NYA.
Oleh karena itu banyak yang sakit dan tertimpa kesusahan di dunia ini.”




Si tukang cukur terbengong !!!

Coretan dari blog Bersama Belajar Dikampus Alam Maya

Rahsia Solat Yang Khusyuk


Assalamualaikum..........

Semoga petiksn ini bermanfaat dan kita diberi kekuatan untuk sama-sama mengamalkannya, insyaAllah

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman
 
 
 
Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.

Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk, I’tidak, sujud dan sebagainya.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.

Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?” Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai solatnya.
Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah bagi mendapatkan kemanisan ini.....Amin
 

Saturday, March 26, 2011

Kejayaan Peserta AQ 5

 Assaalamualaikum............

Tahniah kepada peserta dari Sabah yang memenangi pertandingan Akademi Al-Quran Musim ke-5 yang melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30,000.00 dan senaskhah Al-Quran yang bertinta emas..Berita lanjut di..........

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Tahniah sekali diucapkan.....semoga terus memartabatkan Al-Quran dimata dunia..........

Friday, March 25, 2011

Kek Batik


Assalamualaikum,,,

Tetiba je malam ni penulis rasa nk buat kek batik. Jadi penulis pn cari la resepi kat internet tuk wat kek batik.. Kena la cari resepi dulu..Jadi ke tak lain kira...hehe...Penulis ni kalu nak masak kena tengok resepi dulu, sebab tak la pandai sangat..kalau terasa nak masak cari je kat internet...pasti akan ada..sambil2 belajar masak la katakan...Malam ni cari resepi kat TRYMASAK.COM...



Bahan-bahan :

1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter @ 125g
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan air
3/4 cawan gula atau guna 3/4 tin susu pekat


Cara :

1. Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair.
2. Masukkan susu 1/2 tin,telur satu per satu,kacau rata,kemudian masukkan milo 2 cawan,kacau hingga sebati.
3.Tutup api,kemudian masukkan biskut merry,sebatikan.
4. Masukkan dalam loyang..tekan2 sikit bagi padat.simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

 

                                             SeLaMaT mEnCuBa............;)


Thursday, March 24, 2011

Puding Roti



Bahan-bahan:

1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
secubit garam
1 camca kecil esen vanilla
1 biji telur

Cara:

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba......... ;)

Tatapan

Assalamualaikum,
 
 A British man came to Sheikh and asked, 

"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?" 

The Sheikh said, "Can you shake hands with Queen Elizabeth?" 

British man replied, "Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth". 

Sheikh replied with a smile on his face, "Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men".



Sekadar berkongsi......Sumber tidak diketahui

Wednesday, March 23, 2011

Deman Akademi Al-Quran 5

Assalamualaikum.........

                                    Barisan Peserta AQ 5


Sebagai pengenalan pada blog yang baru dibina ni...penulis ingin berbica mengenai AQ 5 yang akan berlangsung finalenya pada 26 Mac 2011, Jumaat ni di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

                                            sesi bersama akhil khay dan isteri


                                                   Inilah mereka yang terpilih

semoga terus berjaya walau dalam apa jua pn bidang yang anda ceburi.. terus memartabatkan generasi AL_QURAN..........:)